Latar Belakang

Unit Governan & Sekretariat telah ditubuhkan secara rasminya melalui perakuan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Malaysia Sarawak Ke-2 tahun 2011 yang bersidang pada 28 April 2011. Unit Governan & Sekretariat adalah merupakan penjenamaan semula daripada nama asalnya iaitu Unit Pentadbiran & Keurusetiaan. Unit ini telah diletakkan di bawah penyeliaan Pejabat Pendaftar dan bertanggungjawab membantu Pejabat Pendaftar memantau pelaksanaan governan atau tadbir urus yang cekap dan bertindak selaku sekretariat punca kuasa utama Universiti Malaysia Sarawak iaitu Lembaga Pengarah Universiti.