Peringkat Permohonan

S: Bilakah permohonan boleh dibuat?
J: Staf boleh memohon sebaik sahaja mendapat tawaran tempat, telah disahkan dalam jawatan (pensyarah) dan selepas satu tahun perkhidmatan (tutor dan pensyarah pelatih).

S: Apakah kriteria dan dokumen yang perlu dikemukakan bagi tujuan permohonan?
J: Senarai Semak telah diedarkan kepada setiap Fakulti. Berikut adalah panduan ringkas:


A. Kelayakan Calon

  • Staf akademik Unimas berwarganegara Malaysia
  • Telah disahkan dalam jawatan/perkhidmatan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun (Pensyarah)/perkhidmatan sekurang-kurangnya satu (1) tahun (Tutor/Pensyarah Pelatih)
  • Tidak melebihi had umur (tidak lebih 40 tahun untuk PhD dan tidak  melebihi 35 tahun untuk Sarjana)
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang baik (sekurang-kurangnya CGPA 3.0 atau Kelas Kedua Atas)
  • Kelayakan kelulusan Bahasa Inggeris (tidak lebih dari tiga (3) tahun daripada tarikh keputusan dikeluarkan) :

PEPERIKSAAN

LUAR NEGARA
DALAM NEGARA

IELTS

6.0
5.0

TOEFL

587 (Paper based)
240 (Computer based)
94-95 (Internet Based)
550 (Paper based)
213 (Computer based)
79-80 (Internet based)
  • Telah mendapat tawaran kemasukan pengajian TANPA pra-syarat tambahan
  • Rating yang tinggi untuk Universiti yang dipohon, cthnya: lima (5) bintang (rujukan : Research Assessment Exercise – UK dan Good Universities Guide to Postgraduate & Career Upgrade Courses - AUSTRALIA ), dan “Most Competitive” atau “Highly Competitive” (rujukan : Barron’s Profile – USA) ATAU MANA-MANA RUJUKAN YANG BOLEH DIPERAKUKAN UNTUK BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DIPOHON

Sekiranya melibatkan calon PhD, calon:

    • Telah mengemukakan bukti sekurang-kurangnya dua (2) penerbitan (cthnya: jurnal, buku, dsb)
    • Telah mengemukakan bukti keupayaan menjalankan penyelidikan (mempunyai GERAN PENYELIDIKAN)
    • Telah membuktikan kompetensi dalam pengajaran (mempunyai fail kursus yang lengkap)

B. Dokumen

  • Borang CBA/1
  • Salinan Surat Tawaran  Universiti / Institusi Pengajian
  • Rangka Kursus/Program
  • Borang Akuan Penyelidikan/Penulisan/Penerbitan
  • Kertas Cadangan Penyelidikan (berserta perakuan Ketua Jabatan/Dekan)
  • Justifikasi Pengajian (Jika memohon untuk pengajian di luar negara
  • Curriculum Vitae Penyelia
  • Curriculum Vitae Pemohon
  • Keputusan Bahasa Inggeris
  • Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan Calon
  • Salinan Sijil Lahir Ibu Dan Bapa
  • Salinan Sijil /Ijazah Akademik

S: Bagaimana pengkhususan sesuatu bidang ditentukan?
J: Bidang pengkhususan setiap staf akademik telah ditentukan oleh Fakulti.

S: Ke manakah permohonan Cuti Belajar dihantar?
J: Semua permohonan Cuti Belajar perlu dihantar dan mendapat kelulusan awal di peringkat Fakulti sebelum dikemukakan untuk pertimbangan Jawatankuasa Cuti Belajar UNIMAS.

S: Bilakah keputusan permohonan cuti belajar peringkat UNIMAS diketahui?
J: Staf akademik boleh mengetahui keputusan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar UNIMAS melalui Dekan masing-masing.

S: Bilakah staf akan dimaklumkan mengenai keputusan penajaan?
J: Keputusan penajaan akan dipanjangkan kepada Dekan Fakulti selepas Mesyuarat di peringkat penaja.